Isnin, 6 Februari 2017 | 9:04am

Toyota dijangka umum kerjasama dengan Suzuki hari ini

TOKYO: Lembaga Pengarah Toyota Motor Corp dijangka membuat keputusan hari ini berhubung cadangan kerjasama strategik yang ditinjau dengan Suzuki Motor Corp sejak Oktober lalu.

Bagaimanapun, syarikat automotif terkemuka Jepun itu tidak memberikan butiran lanjut.

Pada Sabtu lalu, kedua-dua pengeluar kereta Jepun itu menyatakan akan mengumumkan kerjasama meluas, termasuk pembangunan teknologi baharu dan pemerolehan, dengan pengumuman kerjasama itu seawal hari ini, demikian menurut Nikkei Business Daily.

Kedua-dua syarikat dijangka mengumumkan pendapatan suku ketiga hari ini.

Saham Toyota dan Suzuki naik kira-kira satu peratus pagi ini, sejajar dengan pasaran meluas Tokyo. - Reuters-

Berita Harian X