Isnin, 6 Februari 2017 | 12:02am

Huawei Mate 9 Pro sempurnakan tugasan profesional

HAMPIR 10 tahun ekonomi dunia bergelut dengan pelbagai cabaran walaupun prospek ekonomi lebih baik tetapi lemah, teknologi termaju maklumat dan komunikasi (ICT) seperti Data Besar, Komputer Awan dan Internet Kebendaan (IoT) kini digembleng.

Namun, penerapan aplikasi dan teknologi ICT termaju itu sebenarnya agak membebankan bagi kebanyakan peranti mudah alih, kerana itulah dunia kini memerlukan satu peranti pintar yang cukup berkuasa bagi memenuhi keperluan itu.

Bagi CyberBH, Huawei Mate 9 Pro dilancar tepat pada masanya, apatah lagi ketika pengguna profesional ketandusan pilihan peranti yang memiliki spesifikasi berkuasa tinggi di pasaran.

**Rekaan bergaya Huawei Mate 9 Porshe Design

Terdapat dalam warna 'Champagne Gold' dan 'Titanium Grey' serta mewarisi bentuk rekaan seakan-akan peranti adik beradiknya; Mate 9 Porsche Design iaitu dilengkapi dengan layar AMOLED dua sisi melengkung, penderia imbas cap jari di hadapan dan kelihatan cantik kilau-berkilauan di bawah cahaya seumpama disulam melintang dengan berjuta-juta sinar emas-keemasan halus.

**Skrin 5.5 inci beresolusi 1440p -Besar & Jelas Membaca Dokumen

Skrin yang besar selalunya menjadi salah satu faktor penting ahli perniagaan mempertimbangkan peranti untuk kegunaan perniagaan. Mate 9 Pro dalam saiz 5.5 inci beresolusi 1440p, 534ppi iaitu berdefinisi tinggi penuh (Full HD) yang memberikan keselesaan yang lebih jelas untuk memudahkan pemilik menyusuri dokumen standard perniagaan seperti e-mel, PDF, fail serta menyaksikan video pembentangan dengan lebih mudah dan lebih jelas.

**6GB RAM+64GB/128GB ROM

Mate 9 Pro dipasangkan dengan 6GB LPDDR4 RAM yang berteknologi UFS2.1 (Universal Flash Storage) terkini. Ia berkebolehan untuk pemindahan data dua kali lebih pantas daripada RAM yang berteknologi USF 2.0 yang kini masih digunakan oleh barisan peranti lain berjenama antarabangsa. Ia dapat memastikan pengguna memuat turunkan pelbagai dokumen, e-mel, membuka aplikasi, melayari laman web dan lain lain selangkah lebih awal daripada yang lain bagi mempertingkatkan produktiviti kerjaya.

Ia sudah menjadi suatu tabiat kebiasaan rakyat Malaysia gemar mengutamakan storan ROM yang cukup besar. Mate 9 Pro terdapat dalam 64GB ROM atau 128GB ROM, sudah tentu memadai untuk menyimpan gambar, data, dokumen penting apatah lagi untuk ahli perniagaan yang sentiasa membuat penyimpanan dokumen penting hampir setiap hari.

**Prosesor lapan teras Kirin 960 - pantas mengaktifkan pelbagai Aplikasi secara Serentak

Dalam perniagaan keputusan pantas dan tepat membezakan untung rugi. Berdasarkan penilaian Geekbench, Huawei Mate 9 Pro yang dikuasakan oleh prosesor lapan teras Kirin 960, memberikan prestasi cip pelbagai teras (Muti-core) yang paling baik dalam membuka pelbagai aplikasi dengan lebih pantas tanpa menunggu tempoh lama memuat naik data berbanding barisan peranti berjenama yang lain.

Pendek kata, ia berkebolehan membuka aplikasi seperti: Whatsapp, e-mel, Youtube, Facebook secara serentak pada masa yang sama. Ia penting untuk memenuhi keperluan profesional yang sering kali menggunakan pelbagai aplikasi dalam satu masa yang sama.

**Bateri besar 4000mAh+Huawei SuperCharge

Antara inovasi terbaru siri Huawei Mate yang membanggakan, adalah teknologi 'Huawei SuperCharge' yang berkemampuan mengembalikan 58 peratus bateri Mate 9 Pro yang berkapasiti 4000mAh dalam 20 minit mengecas. Kelebihan ini amat praktikal bagi mempertingkatkan produktiviti kerjaya.

Tambahan pula, dengan Sistem 5-Gate Protection yang menjanjikan keselamatan kepada pengguna ketika mengecas bateri pada situasi pengaliran elektrik yang tidak stabil.

**Leica Dwi Kamera 12MP RGB+ 20MP Monokrom (Belakang), 8MP (depan)

Mate 9 Pro memiliki kamera telefon pintar diiktiraf Leica terbaik di pasaran. Terutamanya 'Bokeh effect' yang dihasilkan oleh Mate 9 Pro, mendapat pujian jurugambar antarabangsa.

Namun, fungsi kameranya bukan setakat itu saja, ia juga boleh menjadikan sebagai pengimbas mudah alih peribadi anda menggunakan salah satu mod kamera yang dikenali sebagai 'Document Scan'. Ia dapat menghasilkan kesan seolah-olah diimbas oleh pengimbas sebenar, yang mana anda hanya perlu mengambil gambar pada dokumen yang hendak diimbas, semudah itu!

**Android 7.0 Nougat+EMUI 5.0

EMUI 5.0, perisian eksklusif Huawei pertama di dunia yang menjanjikan pengguna telefon pintar Android yang tidak menjadikan lambat walaupun selepas 18 tahun penggunaan. Siri Huawei Mate adalah peranti pertama di Malaysia yang menggunakan perisian itu menerusi platform terbaru Google iaitu Android 7.0.

Perisian itu berasaskan Learning Machine yang pakar meniru tabiat pemilik menggunakan telefon pintar. Eksperimen Huawei menunjukkan 80 peratus aplikasi kegemaran pemilik akan ditampilkan ke permukaan telefon pintar lebih dulu selepas beberapa bulan menggunakannya.

**Telefon pintar pertama Malaysia berkeupayaan VoLTE digunakan 4 Telco

VoLTE iaitu Voice over LTE adalah salah satu rangkaian terkini yang lebih pantas dan lebih laju. Dengan VoLTE, teknologi panggilan suara generasi terbaru itu membolehkan pengguna menikmati kualiti jelas panggilan suara berdefinisi tinggi (HD) serta berkeupayaan pembatalan bunyi yang menghapuskan bunyi latar belakang untuk audio panggilan yang lebih jelas.

Setakat ini, Malaysia hanya terdapat empat syarikat telekomunikasi yang menyokong VoLTE iaitu Webe, YES 4G, Digi dan juga Celcom. Namun pada peranti lain seperti Samsung, hanya menyokong Yes4G manakala iPhone hanya menyokong rangkaian Digi. Ini berbeza dengan Huawei Mate 9 dan Mate 9 Pro yang mana ia boleh digunakan pada keempat-empat rangkaian tersebut (Webe, YES 4G, Digi, manakala Celcom- tidak lama lagi).

Berita Harian X