Jumaat, 27 Januari 2017 | 9:59am

Saham Sime Darby naik

KUALA LUMPUR: Pasaran menyambut baik berita cadangan penyenaraian berasingan dua unit perniagaan Sime Darby Bhd apabila harga sahamnya menokok 41 sen, atau 4.65 peratus, kepada RM9.23 pada awal dagangan pagi ini.

Ia mencecah harga tertinggi RM9.270 dan terendah RM9.170 dengan 2.620 juta saham bertukar tangan.

Sime Darby semalam mengumumkan cadangan mewujudkan tiga perniagaan ikonik miliknya secara berasingan dalam sektor perladangan, hartanah serta perdagangan dan logistik.

Ia akan menyenaraikan unit perladangan dan hartanah di Bursa Malaysia secara berasingan, sementara perniagaan perdagangan dan logistik akan kekal di bawah Sime Darby.

Berita Harian X