Selasa, 24 Januari 2017 | 12:03am

Srikandi taja buku untuk kelas gelandangan

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (Srikandi) menyumbangkan buku dan wang saku kepada 50 kanak-kanak miskin serta gelandangan menerusi program Buku Jalanan di Chow Kit, malam kelmarin.

Presiden Srikandi, Datuk Norashikin Abd Ghani, berkata pihaknya turut menyediakan makan malam, wang dan buku pelbagai subjek untuk pelajar prasekolah hingga darjah enam.

Katanya, program pendidikan percuma ini sudah dilaksanakan sejak dua tahun lalu, beroperasi setiap malam Jumaat dan Ahad di Chow Kit.

"Saya dimaklumkan seramai 100 pelajar daripada 45 keluarga miskin mendaftar bagi mengikuti program ini. Ia membabitkan 30 tenaga pengajar sukarelawan daripada universiti tempatan dan sekolah kebangsaan atau menengah di Lembah Klang.

"Mereka menggunakan teknik pengajaran seorang guru, seorang pelajar bagi memastikan murid lebih fokus dan faham," katanya kepada BH ketika ditemui di program berkenaan.


PRESIDEN Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI), Datuk Norashikin Abd Ghani (tiga dari kiri) bersama sebahagian ahli meluangkan masa melihat aktiviti pembelajaran anak-anak gelandangan pada Program Pendidikan Buku Jalanan bersama anak-anak Chow Kit, gelandangan dan miskin di Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

AKTIVITI pembelajaran anak-anak gelandangan pada Program Pendidikan Buku Jalanan bersama anak-anak Chow Kit, gelandangan dan miskin di Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

Dalam pada itu, kaunselor program, Hanim Hassan, berkata ia dianjurkan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar miskin yang kurang diberi perhatian di sekolah masing-masing.

Katanya, sejak program dilaksanakan, semakin ramai pelajar menunjukkan prestasi yang baik contohnya membentuk dan menyebut frasa ayat yang betul dalam bahasa Inggeris.

"Program ini turut membantu kanak-kanak miskin yang tidak sah taraf dan tercicir dalam pembelajaran kerana ibu bapa tidak memiliki dokumen sah seperti sijil perkahwinan.

"Ada golongan wanita dan anak yang sengaja ditinggalkan suami di kawasan ini dan suami tidak kembali menyebabkan mereka terpaksa hidup gelandangan," katanya.


AKIVITI pembelajaran anak-anak gelandangan pada Program Pendidikan Buku Jalanan bersama anak-anak Chow Kit, gelandangan dan miskin di Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

INFO

  • Program pendidikan percuma Srikandi dilaksanakan sejak dua tahun lalu, beroperasi setiap malam Jumaat dan Ahad di Chow Kit.

  • Teknik pengajaran seorang guru, seorang pelajar digunakan bagi memastikan murid lebih fokus dan faham.

  • Program Srikandi turut membantu kanak-kanak miskin yang tidak sah taraf dan tercicir dalam pembelajaran.
AKTIVITI pembelajaran anak-anak gelandangan pada Program Pendidikan Buku Jalanan bersama anak-anak Chow Kit, gelandangan dan miskin di Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
PRESIDEN Pertubuhan Kebajikan Insaniah Srikandi Malaysia (SRIKANDI), Datuk Norashikin Abd Ghani (empat dari kiri) bersama sebahagian ahli meluangkan masa melihat aktiviti pembelajaran anak-anak gelandangan pada Program Pendidikan Buku Jalanan bersama anak-anak Chow Kit, gelandangan dan miskin di Chow Kit, Kuala Lumpur. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Berita Harian X