Isnin, 23 Januari 2017 | 12:05am

Belanja RM20,000 kerana basikal unta

KOTA BHARU: Dek kerana basikal Chopper atau dikenali sebagai 'basikal unta', seorang pesara guru, Muhamad Hussin, 42, sanggup berbelanja sehingga RM20,000 untuk membelinya sebagai koleksi peribadi.

 Muhammad yang juga bekas guru Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, berkata sejak di zaman kanak-kanak lagi beliau amat teruja melihat basikal berkenaan, lebih-lebih lagi dinaiki rakan-rakan sebaya.

"Apabila sudah bekerja, saya mula berjinak-jinak untuk mencarinya sehinggalah pada 2010, saya terlihat sebuah Chopper model MK2 lalu membelinya. Menerusi rakan-rakan saya menemui beberapa basikal model MK2 dan MK1, selepas mencapai persetujuan saya membelinya.

 "Terbaru, model Raleigh Tomahawk MK1 dan menariknya jenis basikal Chopper ini masih mengekalkan kualiti asalnya. Basikal berkenaan juga sudah tiada di pasaran.

 "Walaupun sudah berbelanja besar untuk empat basikal terpakai ini, namun saya amat berpuas hati dan merasakan ia berbaloi," katanya kepada BH.


BEKAS guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Muhamad Hussin, 42 atau lebih dikenali Cikgu Mat mempunyai koleksi basikal Chopper atau dikenali sebagai 'Basikal Unta' yang begitu terkenal lewat era 1970-an iaitu model Chopper MK2, MK1 dan model Raleigh Tomahawk MK1 ketika ditemui di Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa

BEKAS guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Muhamad Hussin, 42 atau lebih dikenali Cikgu Mat rajin mengilat koleksi basikal Chopper atau dikenali sebagai 'Basikal Unta' yang begitu terkenal lewat era 1970-an ketika ditemui bersama keluarganya di Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa

Basikal Chopper dibuat oleh syarikat basikal terkemuka di Eropah, Raleigh  dan amat popular pada era-70an. Hanya golongan berada 'kaya' saja yang mampu memilikinya. Dijual antara RM300 hingga RM500 seunit, harga yang begitu tinggi untuk sebuah basikal pada waktu itu.

 Muhammad berkata, beliau menjadi seorang pengumpul dan pengemar basikal klasik yang aktif sejak 10 tahun lalu.

 "Memang agak sukar untuk mencari semula barang-barang lama, lebih-lebih lagi jika kita baru berjinak-jinak untuk menjadi pengumpul barang klasik. Saya terpaksa menjelajah seluruh Kelantan demi mendapatkan basikal unta (Chopper) tetapi hampa.

 "Menerusi rakan-rakan hanya tiga negeri saja boleh ditemui iaitu di Johor, Melaka dan Pulau Pinang. Tanpa berfikir panjang saya ke sana untuk mendapatkannya. Saya juga mencari melalui laman maya seperti di ebay, Yahoo dan Google," katanya.


BEKAS guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Muhamad Hussin, 42 atau lebih dikenali Cikgu Mat mempunyai koleksi basikal Chopper atau dikenali sebagai 'Basikal Unta' yang begitu terkenal lewat era 1970-an bersiar-siar bersama keluarganya di Pantai Cahaya Bulan (PCB), Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa

BEKAS guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Muhamad Hussin, 42 atau lebih dikenali Cikgu Mat ketika ditemui di Pasar Karat, Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa

Beliau yang memiliki lima anak berkata, seorang daripada lima anaknya turut berkongsi minat yang sama iaitu mengumpul barang klasik dan antik.

 "Anak lelaki saya menunjukkan minat yang sama mengumpul barangan antik dan sebagai pengumpul basikal klasik. Saya menyokong penuh minatnya dan berharap golongan muda dapat meneruskan minat seperti ini.

 "Di Eropah, orang-orangnya amat menghargai barangan atau kenderaan klasik, jadi saya mahu terapkan dalam jiwa setiap anak-anak muda untuk menghargai setiap perkara yang datang dalam hidup," katanya.

 FAKTA MENARIK

  • Basikal Chopper unik reka bentuk dan cukup futuristic

  • Saiz tayar hadapannya kecil dan besar di belakang

  • Memiliki gear kelajuan yang tersendiri berbanding basikal lain

  • Menjadi kegilaan ramai di era 70-an.
ANTARA koleksi basikal Chopper atau dikenali sebagai 'Basikal Unta' yang begitu terkenal lewat era 1970-an iaitu model Chopper MK2, MK1 dan model Raleigh Tomahawk MK1 milik Cikgu Mat, 42. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa
PENGUNJUNG melihat koleksi basikal klasik dan peralatannya yang dipamer serta dijual peniaga Pasar Karat, dekat Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa
ANTARA koleksi basikal klasik dan peralatannya yang dipamer serta dijual peniaga Pasar Karat, dekat Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa
BEKAS guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjong Mas, Muhamad Hussin, 42 atau lebih dikenali Cikgu Mat (tengah) bersama sebahagian ahli kelab basikal Chopper atau dikenali sebagai 'Basikal Unta' yang begitu terkenal lewat era 1970-an ketika ditemui di Pasar Karat, dekat Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa
PENGUNJUNG melihat koleksi basikal klasik dan peralatannya yang dipamer serta dijual peniaga Pasar Karat, dekat Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kota Bharu. - Foto NSTP/Zaman Huri Isa
Berita Harian X