Ahad, 22 Januari 2017 | 12:38pm

Kereta api tergelincir: Angka kematian meningkat

NEW DELHI: Angka kematian kemalangan kereta api di tenggara India, malam tadi, meningkat kepada 26 orang.

Tujuh gerabak dan bilik enjin kereta api ekspres Jagdalpur-Bhubaneswar tergelincir kira-kira jam 11 malam semalam waktu tempatan, berhampiran stesen kereta api Kuneru di daerah Vizianagram di Andhra Pradesh.

Berita Harian X