Sabtu, 14 Januari 2017 | 8:46pm
GURU Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap, Nurmaizah Zakaria (dua dari kanan) membantu anak muridnya mencuba kasut sekolah pada majlis penyampaian sumbangan persekolahan daripada Media prima Berhad (Media Prima) dan AEON Co (M) Berhad di Bukit Mertajam, hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar
PELAJAR bergambar bersama pada majlis penyampaian sumbangan persekolahan daripada Media Prima Berhad (Media Prima) dan AEON Co (M) Berhad di Bukit Mertajam, hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar

Media Prima hulur bantuan


SERAMAI 50 pelajar kurang berkemampuan seluruh Pulau Pinang, menerima sumbangan persekolahan daripada Media Prima Berhad (Media Prima) dan AEON Co (M) Berhad di Bukit Mertajam, hari ini. - Foto Amir Irsyad Omar

BUKIT MERTAJAM: Seramai 50 pelajar kurang berkemampuan seluruh Pulau Pinang, menerima sumbangan persekolahan daripada Media Prima Berhad (Media Prima) dan AEON Co (M) Berhad di sini, hari ini.

Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) itu memilih 10 sekolah yang melanggan sisipan Pendidikan BH dan pelajar terpilih menerima dua pasang baju seragam sekolah, stokin dan kasut.

Pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Air Tawar, Mohd Afiq Mohd Rosdi, berkata sumbangan itu dapat mengurangkan beban ibu bapanya yang turut menanggung adik-beradik lain.

"Kebanyakan baju sekolah saya disumbangkan pihak zakat dan sekolah yang tahu mengenai latar belakang keluarga yang kurang berkemampuan.

"Saya berterima kasih kepada BH kerana memilih adik kembar saya untuk menerima bantuan sama," katanya ketika ditemui selepas majlis itu, hari ini.

Majlis penyampaian disempurnakan oleh Pengarang Pendidikan BH, Fadzlena Jaafar bersama Pengurus Jualan (Jabatan Jualan Akhbar dan Pengedaran), The New Straits Times Press (NSTP) Pulau Pinang, Wan Zarifah Wan Ibrahim.

Berita Harian X