Rabu, 11 Januari 2017 | 1:04pm

Nasim lancar Peugeot 208, 2008 Puretech


NASIM Sdn Bhd menyasarkan jualan model 208 Puretech sebanyak 2,500 unit manakala 2008 Puretech sebanyak 1,100 untuk tahun ini.

PETALING JAYA: NASIM Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia, melancarkan dua model yang dinanti-nantikan, kenderaan kompak Peugeot 208 Puretech dan kenderaan utiliti sukan (SUV) Peugeot 2008 Puretech.

Harga atas jalan bagi dua model ini ditawarkan pada RM89,888 bagi Peugeot 208 Puretech manakala bagi Peugeot 2008 SUV Puretech pula RM109,888.

Kereta yang dijana enjin 1.2 liter Puretech dengan teknologi terbaru itu mampu memberikan penjimatan minyak kepada pengguna sehingga perjalanan sejauh 1,190 kilometer untuk satu isian penuh.

Bagi 100 pelanggan pertama dua model ini, mereka bakal menikmati tawaran hebat jaminan lima tahun selain tiga tahun servis kereta percuma.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Naza Corporatin Holding, Datuk Samson Anand George berkata, pihaknya yakin dua model terbaru ini mampu memikat hati pengguna dengan rekaan yang ekslusif, versatil dan mencerminkan karisma sinonim Peugeot.

"Kami menyasarkan jualan model 208 Puretech sebanyak 2,500 unit manakala 2008 Puretech sebanyak 1,100 untuk tahun ini.

"Sempena pelancaran ini, kami memberikan tawaran hebat kepada 100 pelanggan pertama iaitu jaminan selama lima tahun dan tiga tahun servis kereta percuma," katanya ketika majlis pelancaran dua model itu di sini, sebentar tadi.


NASIM Sdn Bhd, pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia melancarkan dua model, kenderaan kompak Peugeot 208 Puretech dan SUV Peugeot 2008 Puretech.

Berita Harian X