Ahad, 11 Disember 2016 | 9:54am

TERKINI: 29 maut, 166 cedera letupan di Istanbul


PEGAWAI polis berada di lokasi pengeboman di Istanbul, Turki. - Foto REUTER

ISTANBUL: Angka korban dua pengeboman berasingan meningkat 29 orang, kebanyakannya anggota polis manakala 166 lagi cedera sejurus selesai perlawanan membabitkan pasukan bola sepak ternama Besiktas selaku tuan rumah, kata Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu.

Dianggarkan 27 daripada korban adalah anggota polis manakala dua lagi orang awam, katanya kepada wartawan di Istanbul.

Tambahnya, setakat ini 10 suspek ditahan berhubung insiden pengeboman itu. - AFP

Berita Harian X