Sabtu, 3 Disember 2016 | 12:17am

Afif, Geraldine dahului saingan hari pertama golf amatur


Kelab Golf Diraja Perak (RPGC).

IPOH: Muhamad Afif Muhammad Razif dan Geraldine Wong mendahului saingan hari pertama Kejohanan Golf Terbuka Amatur Perak dan Kejohanan Golf Amatur Tertutup Malaysia ke-50 di Kelab Golf Diraja Perak (RPGC), di sini, hari ini. 

Muhammad Afif dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Geraldine dari Kelab Golf Bukit Jambul, Pulau Pinang, masing-masing mencatat tiga bawah par 69 bagi kategori Terbuka Amatur Perak.

Afif mengatasi Muhammad Zafran Abdullah dari Kelab Golf Danau, UKM dan Chan Tuck Soon (MGA) dengan satu pukulan.

Bagi kategori Golf Amatur Tertutup Malaysia, Geraldine mengatasi pilihan utama kejohanan, Nur Durriyah Damian, dengan tiga pukulan serta seorang lagi pemain MGA, Qistina Balqis Azhar dengan enam pukulan.

Berita Harian X