Isnin, 21 November 2016 | 11:32am

Saham Asia lemah pada awal dagangan


SAHAM Tokyo. - Foto hiasan/AP

TOKYO: Saham Asia didagangkan lemah dalam dagangan awal hari ini berikutan kebimbangan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan kadar hasil bon AS.

Kebimbangan tercetus sejak pemilihan Donald Trump sebagai presiden AS yang baharu sehingga boleh mempercepatkan aliran keluar dana daripada pasaran baru muncul.

Indeks meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun, MSCI susut 0.1 peratus dan terus kekal pada paras terendah dalam tempoh empat bulan.

Nikkei Jepun menokok 0.3 peratus apabila yen terus lemah berbanding dolar.

Kemenangan tidak dijangka Trump dalam pilihan raya Presiden lalu membawa kepada peletakan semula harga aset dengan pelabur bergegas membeli saham AS dan dolar, ketika lambakan bon dan aset pasaran baru muncul.

Sesetengah pelabur berpendapat pasaran akan mengalami penyemakan secepat mungkin antara pentadbiran baharu dan Kongres yang mendedahkan beberapa dasar Trump.

"Minggu depan kami ada peristiwa yang akan membuatkan pelabur lebih tenang seperti mesyuarat OPEC dan referendum Itali.

Pada masa itu, pasaran yang diilhamkan Trump akan berakhir ketika ini," kata Norihiro Fujito, ahli strategi pelaburan kanan di Mitsubishi UFJ Morgan Stanley Securities. - Reuters

Berita Harian X