Ahad, 20 November 2016 | 6:14pm

Tak mustahil UMNO, PAS bekerjasama - Annuar Musa


KETUA Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Jika Tun Dr Mahathir Mohamad boleh bergabung dengan Pakatan Harapan (PH), tidak mustahil UMNO akan bekerjasama dengan PAS, kata Tan Sri Annuar Musa.

Bagaimanapun Ketua Penerangan UMNO itu berkata, perkara itu perlu dilakukan oleh kepimpinan atasan untuk melakukan perbincangan dengan parti berkenaan.

"Sebut saja tentang UMNO dan PAS, kemungkinan boleh berlaku kerana politik adalah satu seni. Saya percaya antara parti politik yang menjunjung cita-cita serta dasar perjuangan yang sama, maka ia tidak selama-lamanya bergerak dalam bentuk 'paralel' di mana titiknya tidak bertembung.

"Apa lagi lahir daripada DNA yang sama iaitu perjuangan terhadap agama, ingin kesejahteraan, keamanan serta mahu melihat kedudukan Islam pada kedudukan terunggul," katanya dalam ucapan ketika sesi diskusi politik sempena Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di sini, hari ini.

Berita Harian X