Sabtu, 19 November 2016 | 1:08am

Mourinho merungut Wenger dapat lebih penghormatan


JOSE Mourinho dan Arsene Wenger. - Foto AFP

MANCHESTER: Pengurus Manchester United, Jose Mourinho, mendakwa tidak menerima penghormatan sama seperti rakan sejawatnya di Arsenal, Arsene Wenger, menjelang pertemuan kedua-dua pasukan, malam ini.

Mourinho, 53, sering bertelagah dengan Wenger, 67, sepanjang tempoh dua kali sebagai pengurus di Chelsea dan juga yang terbaru di United.

Kedua-dua pengurus itu masing-masing pernah memenangi tiga gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Pertembungan EPL esok, menjadi pertemuan antara dua pengurus dengan rekod terbaik.

Saya pernah memenangi gelaran tiga kali, dia tiga atau empat daripada enam atau tujuh trofi EPL.

"Saya fikir Wenger mendapat penghormatan daripada anda semua. Tetapi saya tidak.

"Walaupun kali terakhir memenangi gelaran EPL 18 bulan lalu bukannya 18 tahun lalu, saya tidak fikir saya mendapat penghormatan secukupnya.

"Tetapi untuk berlaku jujur, saya hanya mengikut cara saya sendiri kerana saya mahu memenangi trofi peribadi kesembilan dan keempat EPL," katanya.

United, di kedudukan keenam liga, sekadar mengutip dua kemenangan daripada lapan aksi terakhir dan akan ketinggalan sembilan mata kepada Arsenal jika tewas kepada musuh tradisi itu di Old Trafford, malam ini. - AFP

Berita Harian X