Selasa, 15 November 2016 | 4:34pm

Polis Jerman lancar serbuan tangani kegiatan Daesh

BERLIN: Polis Jerman melancarkan serbuan sejak awal subuh di masjid, pangsapuri dan pejabat di sepuluh negeri di seluruh Jerman semalam, dan kerajaan mengharamkan sebuah kumpulan yang dituduh cuba merekrut militan Daesh, kata kementerian dalam negeri.

Jurucakap kementerian menyifatkan organisasi DWR 'True Religion' itu sebagai rangkaian penggemblengan untuk militan Daesh, walaupun tidak ada petunjuk yang menunjukkan ia merancang serangan.

Menteri Dalam Negeri, Thomas de Maiziere percaya kumpulan itu melanggar perlembagaan Jerman dan menghasut kebencian, katanya.


MENTERI Dalam Negeri Jerman, Thomas de Maiziere. - Foto EPA

Beliau dijadualkan untuk membuat kenyataan mengenai tangkapan dan larangan itu pada Selasa.

Setakat ini tiada maklum balas diperoleh dari daripada kumpulan itu. - Reuters

Berita Harian X