Rabu, 9 November 2016 | 11:57pm
Keadaan sebuah lori yang terbabit dalam kemalangan dengan tiga kereta menyebabkan tiga cedera di Jalan Kangar Padang Besar berhampiran Empangan Timah Tasoh. - Foto ihsan Bomba
Keadaan lori dan tiga buah kereta yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan tiga cedera di Jalan Kangar Padang Besar berhampiran Empangan Timah Tasoh. - Foto ihsan Bomba

Guru maut nahas 4 kenderaan

Keadaan lori dan tiga buah kereta yang terbabit dalam kemalangan mengakibatkan tiga cedera di Jalan Kangar Padang Besar berhampiran Empangan Timah Tasoh. - Foto ihsan Bomba

PADANG BESAR: Seorang guru maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Kangar-Padang Besar berhampiran Timah Tasoh, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Rizani Che Ismail, berkata mangsa, Norhaiza Ghazali, 38, guru pendidikan khas Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Besar (Utara), meninggal dunia di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar, akibat kecederaan parah dalam kemalangan jam 2.30 petang itu.

Katanya, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori simen terbabas memasuki laluan bertentangan di satu selekoh tajam ketika dalam perjalanan ke Padang Besar.

"Lori simen terbabit kemudian merempuh tiga kenderaan lain dari arah bertentangan iaitu Perodua Kancil yang dinaiki mangsa, Perodua Kelisa dan Nissan X-Trail.

"Susulan kejadian itu, lori simen itu terbalik manakala kenderaan lain terbabas ke bahu jalan. Anggota Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kangar mengeluarkan mangsa yang tersepit termasuk Norhaiza sebelum dihantar ke HTF," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Rizani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu melulu atau membahayakan sehingga menyebabkan kematian.

Berita Harian X