
TOKYO: Keuntungan operasi Toyota Motor Corp menguncup hampir separuh pada suku kewangan kedua susulan pengukuhan nilai yen menjadikan kereta buatan Jepun kurang kompetitif dan mengurangkan nilai pendapatan dari luar negara.
Keuntungan operasinya jatuh 43 peratus kepada 474.6 bilion yen (AS$4.55 bilion) bagi tempoh Julai-September berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.
Keputusan itu selari anggaran purata 476.26 bilion yen dikaji selidik Thomson Reuters I/B/E/S.
Sementara semua pengeluar automotif Jepun merasakan tekanan mata wang, Toyota lebih terdedah kepada perubahan tukaran asing kerana ia mengeluarkan dua perlima kenderaan di Jepun, separuh daripadanya di eksport.
Tekanan terkini yen itu berlaku bila mana jualan di Amerika Utara perlahan selepas mencara rekod jualan pada 2015. - Reuters