Selasa, 1 November 2016 | 12:12am

Selesa lakukan aktiviti luar


FARAH Haryani (enam dari kanan), bersama Siti Nurhaliza (tujuh dari kanan) bergambar bersama model, pada majlis Ariani Hijab Run 2016 dan pelancaran rangkaian koleksi sukan Ariani Active di Jakel Mall, baru-baru ini. - Foto Mahzir Mat Isa

JENAMA Ariani melengkapkan lagi rangkaian pakaian muslimah, dengan memperkenalkan koleksi pakaian sukan, Ariani Active yang dilancarkan di Jakel Mall, ibu negara, baru-baru.

   Pengarah Pemasaran, Tekstil dan Pembuatan Ariani (M) Sdn Bhd, Datin Farah Haryani Muhammad Philip berkata, koleksi pakaian sukan untuk wanita bertujuan memenuhi aspirasi wanita Muslim yang mahukan pakaian sukan selesa dan pada sama, tidak berkompromi daripada aspek menutup aurat.

   "Pilihan ini membolehkan wanita bersukan dan melakukan aktiviti lasak tanpa halangan, khususnya dalam memilih pakaian sukan. Apatah lagi pakaian sukan khusus untuk wanita, amat terhad. Justeru, saya yakin koleksi ini bakal memenuhi selera wanita," katanya.ketika ditemui pada pertunjukan fesyen pakaian berkenaan.

   Yang hadir sama, Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel.

   Pada majlis pelancaran itu, Ikon Arini, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Duta Ariani, Bella Dally turut hadir bagi memeriahkan acara.

   Ariani, anak syarikat kumpulan gedung tekstil Jakel ditubuhkan pada 2007. Bermula dengan pengeluaran tudung dan selendang, ia terus mengumpulkan peminat pakaian muslimah yang diperkenalkan sejak 2015. Dengan pelancaran Ariani Active, melengkapkan lagi pilihan pakaian muslimah menerusi pakaian sukan.


ARIANI penuhi aspirasi wanita Muslim, perkenal koleksi pakaian sesuai aktiviti riadah, lasak.

Fabrik selesa

Koleksi menggunakan fabrik kapas yang ringan dan rangkaian merangkumi tudung, baju dan celana.

   Untuk tudung ada enam jenis potongan, sama ada jenis bersengkuap dan sebaliknya. Kemasan potongan termasuk permainan panel, memberikan sentuhan lebih bergaya kepada pemakai.

   Bagi koleksi pakaian, penggunaan fabrik corak jalur memberi illusi langsing. Potongan lebih longgar, labuh daripada fabrik selesa, menjamin keselesaan sewaktu melakukan aktiviti senaman atau lasak.

Simbolik pelancaran

Meraikan pelancaran Ariani Active, pertandingan larian Ariani Hijab Run turut diadakan pada hari yang sama. Ia sebagai simbolik kepada pengenalan jenama itu terhadap koleksi pakaian sukan.

   Program larian sepanjang lima kilometer sekitar ibu kota, julung kali dianjurkan itu disertai lebih 3,000 peserta. Juara larian memperoleh baucar beli belah di Jakel, Galeri Ariani dan Ariani Ready To Ware (RTW), bernilai RM5,000.


ANTARA gelagat peserta yang menyertai Ariani Hijab Run 2016 yang bermula dari Jakel Mall.

INFO: Ariani Active

  • Tawar enam koleksi potongan tudung.
  • Terhasil daripada fabrik kapas yang ringan.
  • Rangkaian RTW atau sedia pakai ada 27 koleksi.
  • Terhasil daripada fabrik tidak melekap dan berpotongan labuh.
  • Semua koleksi boleh didapati di Galeri Ariani cawangan Kuala Lumpur, Bangi dan Shah Alam.
Berita Harian X