Jumaat, 28 Oktober 2016 | 10:49am

Ringgit dibuka rendah hari ini

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS hari ini berikutan sentimen negatif disebabkan oleh harga minyak lemah dan jangkaan yang semakin bertambah mengenai kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS (Fed), kata peniaga.

Pada jam 9.06 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1970/2030 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.1810/1900. 

Seorang peniaga berkata, harga minyak mentah telah terjejas oleh ketidaktentuan mengenai kemampuan negara pengeluar minyak untuk mengurangkan pengeluaran. 

Sementara itu, pengukuhan dolar AS disokong oleh bon hasil AS tinggi selain peluang Fed untuk meningkatkan kadar faedah pada Disember, tahun ini. 

Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain dalam dagangan awal hari ini.

Ia jatuh berbanding dolar Singapura kepada 3.0069/0131 daripada 3.0017/0090 pada Khamis dan susut berbanding euro kepada 4.5743/5825 daripada 4.5611/5725. 

Bagaimanapun, ringgit lebih tinggi berbanding yen pada 3.9880/9956 daripada 3.9922/9011 dan naik berbanding pound British pada 5.1098/1176 daripada 5.1134/1260 pada Khamis. 

Berita Harian X