Rabu, 26 Oktober 2016 | 10:25am

Saham Asia jatuh, menjejaki kejatuhan pasaran AS

SINGAPURA: Saham Asia jatuh pada awal pagi ini berikutan kejatuhan di Wall Street, yang terjejas dengan perolehan korporat yang mengecewakan, sementara dolar Amerika Syarikat (AS) jatuh sedikit daripada paras tinggi tujuh bulan dan kejatuhan harga minyak.

Indeks meluas saham Asia Pasifik di luar Jepun, Indeks MSCI jatuh 0.3 peratus.

Indeks Jepun jatuh 0.2 peratus, sementara Indeks KOSPI merosot 0.8 peratus dan Australia susut 1.4 peratus.

Saham AS ditutup jatuh antara 0.3 dan 0.5 peratus berikutan keputusan dan jangkaan daripada syarikat dalam sektor termasuk perumahan dan produk pengguna tersasar daripada jangkaan.

Apple juga menyebabkan pasaran rendah berikutan jualan iPhone, yang mana lebih baik daripada dijangkakan, bagaimanapun meneruskan aliran penurunan.

Syarikat juga mengunjurkan marjin keuntungan yang lebih kecil daripada dijangkakan meskipun ia menjangkakan mencatatkan rekod bagi jualan.

Saham AS jatuh berikutan prestasi bercampur-campur di Eropah, dengan saham British ditutup meningkat 0.45 peratus, Jerman tidak berubah selepas mencecah paras tingginya tahun ini dan Perancis susut 0.3 peratus.

Indeks meluas Eropah, STOXX 600 jatuh 0.3 peratus.

Indeks dolar AS, yang menjejaki pergerakan dolar AS berbanding enam mata wang utama dunia, berada pada paras kukuh pada paras

98.726 pada awal pagi ini.

Dolar AS merosot 0.1 peratus kepada 104.1 yen selepas mencecah paras tinggi dalam tempoh tiga bulan semalam.

Pound jatuh 0.1 kepada AS$1.2180 hari ini. - Reuters

Berita Harian X