Isnin, 24 Oktober 2016 | 7:59am

Jamboree Antarabangsa Twitter dapat sambutan meriah

MOUNTAIN Biker Bikeaway dengan kerjasama ahli Majlis Saujana Utama menganjurkan Jamboree Antarabangsa Twitter 2016 edisi ketiga di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh.

KUALA LUMPUR: Mountain Biker Bikeaway dengan kerjasama ahli Majlis Saujana Utama menganjurkan Jamboree Antarabangsa Twitter 2016 edisi ketiga di Bandar Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam.

Perlumbaan lasak basikal bukit atau dikenali sebagai mountain bike itu yang bermula jam 8 pagi, memerlukan pelumba merentasi pelbagai halangan semula jadi termasuk cabaran mendaki serta menuruni bukit.

Penganjurnya, Nizam Abdul Hamid berkata edisi pada kali ini adalah yang teristimewa kerana mendapat penyertaan menggalakkan dari peserta dalam dan luar negara.

"Dengan penyertaan pelumba dari luar negara menjadikan acara ini nampak lebih hebat berbanding dari edisi yang dianjurkan sebelum ini.

EDISI pada kali ini adalah yang teristimewa kerana mendapat penyertaan menggalakkan dari peserta dalam dan luar negara.

"Sukan berbasikal mampu memupuk aktiviti sihat di kalangan anggota masyarakat kerana mendapat penyertaan yang memberangsangkan bukan saja peserta tempatan malah luar negara.

"Laluan bukit yang mencabar dan berliku bukanlah sesuatu yang mencabar buat penggemar sukan," katanya.

Sementara itu, pelumba basikal negara, Mohd Fauzan Ahmad Lutfi menganggap pengalaman yang dilalui dalam kem latihan kebangsaan adalah satu kelebihan buatnya untuk bergelar juara

"Ini adalah satu kelebihan kerana saya adalah juara kebangsaan jadi saya perlu mengekalkan reputasi dan momentum saya," katanya.

Pada majlis berkenaan, sebanyak 1,800 peserta mengambil bahagian yang membabitkan enam negara Asia pada edisi kali ini.

SUKAN berbasikal mampu memupuk aktiviti sihat di kalangan anggota masyarakat.

Berita Harian X