Sabtu, 22 Oktober 2016 | 5:28pm

Minyak wangi ubati kerinduan pada Tanah Suci


USTAZ Amal menunjukkan minyak wangi Raudhah Oud Perfume yang mengetengahkan wangian berasaskan gaharu. - Foto Faiz Anuar

KUALA SELANGOR: Berlandaskan wangian yang mengingatkan kepada Tanah Suci, penceramah bebas, Amaluddin Mohd Napiah atau Ustaz Amal, memperkenalkan minyak wangi halal pertamanya.

Dengan jenama Amal Islami, minyak wangi Raudhah Oud Perfume mengetengahkan wangian berasaskan gaharu.

"Setiap kali menghidu bau oud atau gaharu, saya terkenangkan waktu beribadah di Tanah Suci kerana di sana rata-rata memakai minyak wangi berasaskan bahan ini.

Jadi, saya mahu memberikan peluang kepada orang lain untuk mengubati rindu kepada Makkah dan Madinah dengan memakai minyak wangi ini," katanya ketika mini pelancaran minyak wangi itu pada program Parenting Talk 1.0 'The Return Of Super Parents' Dewan Orang Ramai Saujana Utama, di sini, hari ini.

Ustaz Amal berkata, minyak wangi berkenaan datang dengan botol 20 milimeter, yang dijual pada harga RM60 dan sesuai untuk digunakan baik lelaki mahupun wanita selain tahan selama 24 jam.

Katanya, ia mendapat pengiktirafan daripada Melaka Biotechnology Corporation, selain pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Berita Harian X