Sabtu, 22 Oktober 2016 | 1:32pm

4,500 sertai Ariani Hijab Run 2016


Kira-kira 4,500 peserta dengan majoritinya wanita menyertai program Ariani Hijab Run 2016 hari ini. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Kira-kira 4,500 peserta dengan majoritinya wanita menyertai program Ariani Hijab Run 2016 hari ini yang bermula di Jakel Mall dan merentasi beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Program anjuran Galeri Ariani dan membabitkan larian sejauh 5 kilometer (km) itu antara lain melalui Jalan Munshi Abdullah, Jalan Sultan Ismail, Jalan Ampang dan Jalan P Ramlee.

Peserta larian dilepaskan bersma oleh Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Nizam Mohamed Jakel.

Ariani Hijab Run 2016 itu yang dibawakan The Marathon Company bermatlamat melahirkan kesedaran terhadap wanita dan orang ramai akan pentingnya menjalani gaya hidup sihat.

Selain larian, program itu juga menyaksikan pelancaran koleksi rangkaian sukan terbaru, Ariani Active.


ANTARA gelagat peserta yang menyertai Ariani Hijab Run 2016. - Foto Asyraf Hamzah

Ariani Hijab Run 2016 mendapat sokongan pelbagai jenama besar iaitu Pantai Hospital, Vico, Sunsilk, Kotex, My Clinic, Pureen, Simplysiti, Restoran Sri Wangsa Beriyani Batu Pahat dan Mak Cik Cafe.

Acara pentas dan penyampaian hadiah kepada peserta larian dimeriahkan oleh Dee Jangan Ketawa dan Fara Fauzana selaku pengacara.

Pentas Ariani Hijab Run 2016 turut diserikan dengan kehadiran Ikon Ariani 2016, Datuk Siti Nurhaliza dan selebriti sosial media yang juga Duta Ariani, Bella Dally.


SITI Nurhaliza (kanan) bersama Fara Fauzana (kiri) di Pentas Ariani Hijab Run 2016. - Foto Asyraf Hamzah

Berita Harian X