Jumaat, 21 Oktober 2016 | 6:52pm

Saham Asia rendah berikutan gempa bumi, penyusutan euro

HONG KONG: Kebanyakan pasaran Asia rendah hari ini mengakhiri peningkatan tiga hari berikutan euro mencecah paras terendah dalam tempoh enam bulan dan gempa bumi kuat di Jepun membimbangkan pelabur.

Euro jatuh lebih rendah daripada paras yang dicatatkan selepas keputusan mengejut Britain untuk meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) pada Jun, berikutan pengumuman Bank Pusat Eropah (ECB) bahawa ia akan mengekalkan saiz dan skop program pembelian bonnya.

Saham Eropah mengukuh pada pembukaan pagi tadi, selepas meningkat semalam, sehari sebelum berita ECB manakala Frankfurt dan Paris ditutup tidak berubah dan London naik 0.1 peratus, disokong oleh aktiviti pengambilalihan dalam industri tembakau.

Pasaran Asia memulakan dagangan secara positif kerana pelabur mengalu-alukan janji EC untuk mengekalkan status quo, tetapi perolehan korporat yang rendah menjejaskan sentimen.

Gempa bumi di Tokyo menjejaskan pasaran saham tetapi mencetuskan belian yen.

Indeks Nikkei 225, yang meningkat pada penutup tengah hari, jatuh 0.30 peratus atau 50.91 mata untuk ditutup pada 17,184.59, sekali gus mengakhiri peningkatan lima hari berturut-turut.

Indeks Topix, jatuh 0.40 peratus atau 5.51 mata kepada 1,365.29.

Saham Nintendo yang disenaraikan dalam Indeks Topix jatuh pada penutup hari ini.

Shanghai ditutup tinggi sedikit disokong oleh pembelian dalam saham terpilih, kata peniaga.

Indeks Komposit Shanghai naik 0.21 peratus atau 6.48 mata kepada 3,090.94 dengan jumlah dagangan 202.0 bilion yuan (AS$29.9 bilion).

Singapura juga jatuh selepas saham mewah Keppel Corp, pembuat pelantar minyak terbesar, mengumumkan ia mengurangkan lebih satu perempat pekerjaan dalam perniagaan marin dan pesisir luar. - AFP

Berita Harian X