Selasa, 11 Oktober 2016 | 9:07pm

Pengebom Mali maut dalam serangan ke atas pengaman

BAMAKO: Seorang pengebom terbunuh dalam cubaan menyerang pengaman Sweden berkhidmat dengan misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Mali di bandar tengah Timbuktu, kata sumber Sweden dan PBB hari ini.

Misi MINUSMA PBB dihantar ke Mali pada Julai 2013 bersama kira-kira 12,000 polis dan kakitangan tentera antarabangsa bagi mengawal kawasan semenanjung luas tanpa undang-undang di Sahel.

"Pada petang Isnin lalu, pasukan peronda Sweden bertugas di Timbuktu diserang seorang pengebom bunuh diri.

"Tentera terbabit melakukan misi rondaan rutin dan didekati seorang lelaki tidak dikenali yang mana sejurus selepas itu meletupkan bahan letupan dipakainya. Penyerang maut akibat tindakannya," kata kenyataan tentera Sweden.

Ketua sementara tentera Sweden di Timbuktu, Mejar Kristian Sandahl, mengesahkan tiada rakyatnya cedera ketika insiden itu.

Ada 209 askar Sweden dan sembilan anggota polis berkhidmat dalam misi di Mali, menurut angka terbaru PBB sejak Ogos lalu. -AFP

Berita Harian X