Ahad, 25 September 2016 | 1:35pm

5,000 anak pokok ditanam di Tasik Bera

Pengerusi Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET), Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad'zam Shah Sultan Ahmad Shah (kanan) menanam anak pokok di tapak Ramsar Tasik Bera, Pahang. - Foto Mohd Rafi Mamat
Pengerusi Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET), Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muad'zam Shah Sultan Ahmad Shah (kanan) menanam anak pokok di tapak Ramsar Tasik Bera, Pahang. - Foto Mohd Rafi Mamat

BERA: Sebanyak 5,000 anak pokok pelbagai spesies ditanam pada program Go Green With Sultan Ahmad Shah Environment Trust (SASET) di tapak Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa (Ramsar) Tasek Bera, di sini, hari ini.

Projek fasa ke lima itu dirasmikan Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Muadzam Shah Sultan Ahmad Shah yang turut disertai lebih 600 peserta termasuk pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Kolej Yayasan Pahang (KYP).

Tengku Fahd Muadzam Shah berkata, sebanyak 20,000 pokok ditanam di tapak Ramsar Tasik Bera sebelum ini sebagai usaha memulihkan kawasan hutan di tempat berkenaan.

Beliau berkata, SASET akan terus menganjurkan program menanam pokok dengan kerjasama Jabatan Perhutanan negeri dengan kerjasama badan bukan kerajaan (NGO) secara berterusan.

"Usaha menjaga alam sekitar perlu dilakukan secara berterusan dalam memastikan kawasan hutan di negeri terus terpelihara dan kekal untuk tatapan generasi akan datang.

"Kerjasama semua pihak penting dalam menjayakan program menanam pokok di tapak Ramsar dan kawasan lain di negeri ini kerana usaha memelihara alam sekitar adalah tanggungjawab bersama," katanya.

Berita Harian X