Isnin, 19 September 2016 | 3:24pm

LIAM lantik Joseph Gross sebagai AJK Pengurusan


Joseph Gross

KUALA LUMPUR: Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) melantik Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Insurance Malaysia Bhd, Joseph Gross sebagai Ahli Jawatankuasa Pengurusan bagi penggal 2016/2017.

Joseph adalah graduan Pentadbiran Perniagaan dari University of Frankfurt, Jerman yang memulakan kerjayanya dengan Procter & Gamble, syarikat barangan pengguna terkemuka dunia pada 1991.

Pada 2002, Joseph menyertai Allianz SE di Jerman sebagai Naib Presiden Kanan Pemasaran Kumpulan.

Beliau memainkan peranan penting dalam membina Allianz menjadi jenama global yang kukuh serta memperkenalkan pelanggan dan perancangan strategik yang didorong oleh pasaran kepada Kumpulan.

Bermula April 2016, Joseph mengetuai operasi Allianz di Malaysia.

Berita Harian X