Jumaat, 16 September 2016 | 1:09pm

Hector Bellerin akui sanggup cabar Usain Bolt


PEMAIN Arsenal, Hector Bellerin. - Foto Reuters

LONDON: Sejak menyertai Arsenal pada 2011, Hector Bellerin sememangnya terkenal dengan kepantasan lariannya.

Peminat Arsenal tahu dia mampu berlari dari dan ke bawah untuk kembali kepada posisi asalnya, malah ramai juga yang membuat spekulasi betapa dia boleh menjadi sepantas legenda pecut Olimpik, Usain Bolt.

Pemain Sepanyol itu memecahkan rekod pecut 40 meter (m) kelab, Theo Walcott pada 2015 tetapi kini cuba menetapkan pertandingan dengan lelaki terpantas di dunia.

"Ia bukan saya, tetapi anda yang minta, saya menunggu panggilan telefon dari Jamaica," kata Bellerin dalam soal jawab bersama peminat di London.

"Saya mencabarnya dan dia berkata mungkin selepas (Olimpik) Rio. Jadi, saya hanya menunggu sekarang, kita perlu mendesaknya.

Bolt meraih pingat emas di Rio dalam acara 100m, 200m dan 4x100m untuk melengkapkan kejayaan ketiga Olimpik, jadi mungkin Bellerin mempunyai peluang lebih baik jika hanya melawan rakan sepasukannya.

"Kami mempunyai pasukan yang pantas, saya fikir ia adalah benar-benar penting dalam permainan sekarang," kata pemain berusia 21 tahun itu kepada KCTV.

"Alex Oxlade-Chamberlain selalu berkata dia mahu berlumba dengan saya dan Theo (Walcott) tetapi ia tidak pernah berlaku." - Agensi

Berita Harian X