Khamis, 15 September 2016 | 8:15pm

Suruhanjaya Cobbold penting ke arah pembentukan Malaysia


DOKUMEN Suruhanjaya Cobbold mengenai pembentukan Malaysia dalam simpanan Arkib Negara. - Foto FB Perdana Menteri

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, salah satu dokumen yang memainkan peranan penting ke arah pembentukan Malaysia pada 16 September 1963 adalah hasil laporan penyiasatan Suruhanjaya Cobbold.

"Foto Arkib Negara ini adalah sebahagian daripada penyata itu, yang menjadi rujukan asas dan bukti persetujuan majoriti rakyat Borneo Utara dan Sarawak untuk sama-sama membentuk Malaysia," katanya dalam entri Facebooknya, hari ini.

Esok genap 53 tahun pembentukan Malaysia dan sambutan hari bersejarah itu akan diadakan di Bintulu, Sarawak.

Mengikut portal rasmi Arkib Negara, pembentukan Suruhanjaya Cobbold pada 17 Januari 1962 adalah bagi memberi kebebasan dan keadilan kepada semua pihak.

Suruhanjaya itu dibentuk hasil perundingan di antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Bitish pada November 1961.

Tujuan penubuhan Suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pandangan penduduk negen Borneo Utara dan Sarawak mengenai gagasan penubuhan Malaysia.

Berita Harian X