Khamis, 15 September 2016 | 10:34am

Ban Ki-moon bidas pendirian Netanyahu


GAMBAR fail, Ban Ki-moon (kiri) bersama Benjamin Netanyahu.

NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon, tidak bersetuju dengan pendirian Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bahawa penduduk Palestin mahu melakukan 'pembersihan etnik' Yahudi di Tebing Barat.

Ban berkata demikian sebagai reaksi kepada soalan mengenai kenyataan Netanyahu dan menambah PBB berulang kali menyatakan bahawa penempatan Israel 'melanggar undang-undang antarabangsa' dan pendudukan wilayah Palestin perlu diselesaikan secepat mungkin menerusi rundingan.

Beliau menegaskan kepentingan resolusi dua negara kerana penduduk kedua-dua wilayah akan kekal sebagai jiran dan perlu berunding mencari jalan untuk hidup dalam aman dan selamat.

Ban berkata, bekas Presiden Israel, Shimon Peres, menyokong kuat resolusi itu dan meluahkan kebimbangan mengenai kesihatan Peres dan berharap bekas pemimpin itu segera pulih. - AP

Berita Harian X