Rabu, 14 September 2016 | 8:09pm

Harga minyak meningkat selepas jatuh tiga peratus

LONDON: Harga minyak mengukuh hari ini selepas jatuh sebanyak tiga peratus pada sesi sebelumnya, kerana perangkaan daripada kumpulan industri menunjukkan peningkatan kecil dalam stok simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan stok minyak mentah sebanyak 1.4 juta tong bagi minggu berakhir 9 September, lebih kecil berbanding peningkatan 3.8 juta tong yang diunjurkan penganalisis.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent diniagakan pada paras AS$47.34 setong pada 1021 GMT, naik 24 cents berbanding paras terakhir ia didagangkan.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate naik 29 cents kepada AS$45.19 setong.

Harga minyak mentah jatuh semalam selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata, pertumbuhan permintaan minyak perlahan di tengah-tengah peningkatan inventori dan bekalan memberi petunjuk bahawa pasaran akan terlebih bekalan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2017. - Reuters

Berita Harian X