Rabu, 14 September 2016 | 11:57am

Harga minyak meningkat semula

SINGAPURA: Harga minyak mentah meningkat semula di dagangan Asia, hari ini selepas jatuh sebanyak tiga peratus pada sesi sebelumnya berikutan perangkaan daripada kumpulan industri menunjukkan peningkatan kecil dalam stok simpanan minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan minyak mentah sebanyak 1.4 juta tong bagi minggu berakhir 9 September, lebih rendah berbanding 3.8 juta tong yang diunjurkan penganalisis.

Kerajaan AS akan mengeluarkan perangkaan inventori rasmi hari ini.

Kontrak hadapan minyak mentah Brent didagangkan pada paras AS$47.34 setong pada 0103 GMT, naik 24 cents atau 0.5 peratus daripada paras sebelumnya.

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate naik 29 cents atau 0.7 peratus kepada AS$45.19 setong.

Harga minyak mentah jatuh semalam selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata pertumbuhan perlahan permintaan minyak di tengah-tengah peningkatan inventori dan bekalan menunjukkan bahawa pasaran terlebih bekalan sekurang-kurangnya sehingga separuh pertama 2017. - REUTERS

Berita Harian X