Ahad, 4 September 2016 | 11:50pm

Moto2: Hafizh pamer tunggangan terpuji di Silverstone


PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah. - Foto BERNAMA

SILVERSTONE: Pelumba Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah tampil dengan prestasi terpuji di Grand Prix (GP) Britain apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat, malam tadi.

Keputusan yang dicapai pelumba pasukan PETRONAS Raceline Malaysia itu hanya kurang 0.18 saat (s) di belakang pemenang tempat ketiga dari Jepun, Takaaki Nakagami untuk membolehkannya menaiki podium buat kali pertama, musim ini.

Begitupun, keputusan dilakar pelumba berusia 22 tahun itu boleh dipuji kerana menyamai pencapaian terbaiknya musim ini di GP Qatar dan Catalunya selepas memulakan perlumbaan di Litar Silverstone di petak kelima.

Ketika perlumbaan menuju penghujung saingan, Hafizh bersaing sengit dengan Nakagami dan pemenang tempat kedua dari Itali, Franco Morbidelli, namun nasib jelas tidak menyebelahinya.

Perlumbaan dimenangi pelumba Switzerland, Thomas Lüthi yang memanfaatkan sepenuhnya insiden yang membabitkan Johann Zarco dan pelumba tuan rumah, Sam Lowes dengan catatan 38 minit 49.473 saat.

Di kelas Moto3, harapan untuk melihat pelumba negara bersaing di kelompok depan di Silverstone juga tidak kesampaian ketika pelumba Afrika Selatan, Brad Binder menjulang kejuaraan.

Ketika Binder yang juga pendahulu kejuaraan melintasi garisan penamat dengan catatan 38'39.142s, Khairul Idham Pawi dan Adam Norrodin sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-23 dan 24.

Perlumbaan pada awalnya dijangka berjalan dalam keadaan litar basah namun hujan tidak turun sepanjang perlumbaan.

Keputusan Moto2

1. Thomas Luthi (SWI) Garage Plus Interwetten, Kalex, 38'49.473s

2.. Franco Morbidelli (ITA) Estrella Galicia 0,0 Marc VDS, Kalex, +0.856s

3. Takaaki Nakagami (JPN) IDEMITSU Honda Team Asia, Kalex, +1.179s

**4. HAFIZH SYAHRIN (MAL) PETRONAS RACELINE MALAYSIA, KALEX, +1.359s

5 11 94 Jonas Folger (GER) Dynavolt Intact GP, Kalex, +1.970s

6 10 7 Lorenzo Baldassarri (ITA) Forward Team, Kalex, +5.292s

7 9 40 Alex Rins (SPA) Paginas Amarillas HP 40, Kalex, +7.962s

8 8 24 Simone Corsi (ITA) Speed Up Racing, Speed Up, +8.421s

9 7 54 Mattia Pasini (ITA) Italtrans Racing Team, Kalex, +8.556s

10 6 49 Axel Pons (SPA) AGR Team, Kalex, +13.740s

Keputusan Moto3

1. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Ajo, KTM, 38'39.142s

2. Francesco Bagnaia (ITA) Northgate Mahindra ASPAR, Mahindra, +0.183s

3. Bo Bendsneyder (NED) Red Bull KTM Ajo, KTM, +0.336s

4. Stefano Manzi (ITA) Mahindra Racing, Mahindra, +0.787s

5. Nicolo Bulega (ITA) SKY Racing Team VR46, KTM, +0.802s

6. Fabio Di Giannantonio (ITA) Gresini Racing, Moto3 Honda, +0.883s

7. Niccolò Antonelli (ITA) Ongetta-Rivacold, Honda, +0.920s

8. Enea Bastianini (ITA) Gresini Racing Moto3, Honda, +1.016s

9. Aron Canet (SPA) Estrella Galicia 0,0, Honda, +1.409s

10. Joan Mir (SPA) Leopard Racing, KTM, +1.1931s

**23. Khairul Idham Pawi (MAL) Honda Team Asia, Honda, +39.140s

**24. Adam Norrodin (MAL) Drive M7 SIC Racing Team, Honda, +39.257s

* Kedudukan 10 terbaik

** Pelumba Malaysia

Berita Harian X