Sabtu, 27 Ogos 2016 | 6:07pm

Jalur Gemilang 100 meter


Seramai 200 pelajar Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) bersama bantuan guru serta ibu bapa menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 100 meteri bagi menyemarakkan Hari Kemerdekaan di SMSTSSS, Bukit Mertajam. - Foto Danial Saad

BUKIT MERTAJAM: Warga Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin (SMSTSSS) di sini, menghasilkan Jalur Gemilang sepanjang 100 meter bagi menyemarakkan Hari Kebangsaan, Rabu depan.

Pengetuanya, Jamaludin Yaacob, berkata bendera itu disiapkan dalam tempoh dua hari hasil usaha gigih lebih 200 pelajar bersama bantuan guru dan ibu bapa.

Selain mengajak murid dan guru melukis serta mewarna bendera, katanya, objektif program ialah meningkatkan jati diri warga sekolah dalam mewujudkan semangat patriotik dan cintakan negara.

"Awalnya kita menyangka tidak mudah menghasilkan bendera ini kerana memerlukan kerjasama tinggi.

"Bagaimanapun, aktiviti yang dirancang pada saat akhir ini membuatkan murid dan guru seronok, malah hanya mengambil masa 45 minit mewarnakan bendera ini dengan cat," katanya ketika ditemui, hari ini.

Berita Harian X