Rabu, 24 Ogos 2016 | 11:02am

Saham Asia naik pada awal dagangan

HONG KONG: Saham Asia mengukuh awal dagangan hari ini, didorong kenaikan di Wall Street semalaman, walaupun harga minyak yang merosot berikutan data perdagangan menunjukkan situasi luar jangka dalam stok minyak mentah Amerika Syarikat (AS).

Indeks luas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun susut 0.1 peratus dalam dagangan awal.

Ia meningkat lebih daripada 14 peratus sejak akhir Jun hingga mencecah paras tinggi setahun, minggu lalu.

Sementara Nikkei Jepun meningkat 0.4 peratus.

Harga niaga hadapan menunjukkan saham Australia bersedia untuk mencatatkan paras tinggi hari ini, sementara saham New Zealand susut selepas rali baru-baru ini.

Purata Indeks Perindustrian Dow Jones meningkat 17.88 mata, atau 0.1 peratus kepada 18,547.3, S&P 500 menambah 4.26 mata, atau 0.2 peratus kepada 2,186.9.

Sementara Indeks komposit Nasdaq menambah 15.48 mata, atau 0.3 peratus kepada 5,260.08. - Reuters

Berita Harian X