Selasa, 23 Ogos 2016 | 1:42pm

Bursa kekal rendah pada penutup pagi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan pagi susulan kurangnya momentum belian susulan.

Pada 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mencatatkan 1,688, susut 3.07 mata berbanding 1,691.07 mata pada penutupan semalam.

Ia dibuka 6.32 mata lebih rendah pada 1,684.75, dan turun naik antara 1,689.96 dan 1,684.17 sepanjang dagangan pagi.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 458 berbanding 232 manakala 344 kaunter tidak berubah, 654 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 906.3 juta saham bernilai RM613.99 juta.

Peniaga berkata, FBM KLCI gagal melepasi paras psikologi 1,700, tahap yang diperlukan untuk mengekalkan aliran harga meningkat melepasi ketahanan yang sukar selepas paras tertinggi 1,729 mata pada April.

Di papan skor, Indeks FBM Emas susut 20.7 mata kepada 11,845.72, Indeks FBM Emas Shariah susut 10.44 mata kepada 12,497.55 manakala Indeks FBMT100 turun 20.42 mata kepada 11,554.41.

FBM 70 susut 21.93 mata kepada 13,645.96 manakala FBM Ace turun 44.81 mata kepada 5,490.

Mengikut sektor, Indeks Kewangan susut 35.57 mata kepada 14,463.13, Indeks Perusahaan turun 1.16 mata kepada 3,181.5 manakala Indeks Perladangan meningkat 15.15 mata kepada 7,874.01.

Bagi saham wajaran tinggi, TNB dan IHH masing-masing kekal pada RM14.80 dan RM6.68.

Maybank turun satu sen kepada RM7.98, Public Bank susut empat sen kepada RM19.76 dan Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM6.66.

Antara saham aktif, AirAsia X dan Iris masing-masing susut satu sen kepada 46 sen dan 18.5 sen, M3 Technologies turun setengah sen kepada 10 sen namun Dagang NeXchange meningkat setengah sen kepada 25 sen dan AE Multi menokok tiga sen kepada 18 sen.

- BERNAMA

Berita Harian X