Sabtu, 20 Ogos 2016 | 9:40am

Jelajah Samsung Galaxy of Possibilities bermula


KUNJUNGI Jelajah Samsung Galaxy of Possibilities.

KUALA LUMPUR: Samsung Malaysia Electronics menganjurkan Jelajah Samsung Galaxy of Possibilities yang memaparkan peranti terkini Galaxy, Galaxy Note 7 dan gajetnya bermula semalam hingga esok.

Gajet lain ialah seperti Samsung Gear Fit2, Gear IconX, Gear 360 dan Gear VR baharu.

Naib Presiden Teknologi Maklumat dan Unit Perniagaan Mudah Alihnya, Lee Jui Siang, berkata pihaknya memaparkan inovasi terbaik Samsung kepada pengguna Malaysia pada jelajah terbabit.

"Kami berharap pelanggan mencuba ekosistem Samsung Galaxy yang mana adalah lebih daripada sekadar peranti," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Samsung Gear Fit2 dan Gear IconX direka untuk menjadi teman ketika melakukan aktiviti kecergasan yang sempurna, dengan teknologi pengesanan tepat dan pemain muzik bagi memberi pengalaman senaman lengkap kepada pengguna.


Gear Fit2.

Gear Fit2 yang dilengkapi dengan sistem pengesanan global (GPS) dan pemantauan kadar jantung (HRM) menyediakan maklum balas segera terhadap senaman pengguna.

Gear IconX ialah fon kepala kecil wayarles yang menjejaki maklumat kecergasan dan memberi maklumat prestasi larian kepada mereka.

Selain itu, Gear VR baharu warna biru hitam bukan saja meningkatkan kecantikan peranti, tetapi juga mengurangkan pantulan cahaya untuk menyediakan pengalaman tontonan realiti maya lebih hebat berbanding model sebelumnya.

Ia turut serasi dengan lebih telefon pintar Samsung, termasuk Galaxy Note, S7, S7 edge, Note5, S6, S6 edge dan S6 edge+.

Bagi Gear 360, kamera 360 darjah membolehkan pengguna merakam, melihatnya dan berkongsi saat kesukaan dalam kehidupan melalui video dan imej.


Galaxy Note7 baharu.

Bagaimanapun, ketibaan Galaxy Note 7 dijadualkan semula kepada September dan pengguna adalah dialu-alukan untuk mendaftarkan minat mereka dan merasai sebelum memperolehnya.

Jelajah Samsung Galaxy of Possibilities akan diadakan di empat lokasi iaitu Sunway Pyramid di Selangor; Queensbay Mall di Pulau Pinang; Aeon Tebrau City di Johor; dan Kuantan Parade, Pahang.

Berita Harian X