Selasa, 16 Ogos 2016 | 7:00am

Nikmati hidangan set tengah hari daripada RM8.90 sahaja

KUALA LUMPUR: Sebagai meneruskan kempen bagi menawarkan hidangan dengan lebih nilai wang untuk dinikmati pelanggan, OLDTOWN White Coffee baru-baru ini melancarkan set makan tengah hari menarik dengan slogan promosi "Happy Times Savers".

Menerusi kadar harga hebat yang bermula daripada serendah RM8.90 sahaja, pastinya anda akan berpuas hati dan gembira ketika menikmati penjimatan menarik dan pelbagai pilihan dalam hidangan kegemaran anda.

Menu makan tengah hari di OLDTOWN White Coffee menampilkan senarai kegemaran makanan tempatan termasuk minuman dan boleh ditambah dengan hidangan lain bagi menjadikan santapan anda lebih menyelerakan yang pastinya lebih nilai untuk wang.

Daripada sepinggan Nasi Lemak sehinggalah kepada semangkuk mi, pastinya ada sesuatu yang dapat memenuhi selera dan citarasa setiap orang di OLDTOWN White Coffee.

Terdapat enam set makan tengah hari 'Happy Times Savers' untuk dipilih bagi setiap bulan dan bagi bulan ini, hidangan yang ditampilkan ialah OLDTOWN Prawn Meehoon Mee, OLDTOWN Nasi Lemak Classic, OLDTOWN Ipoh Chicken Hor Fun, Steam Mushroom and Chicken Rice, OLDTOWN Curry Chicken Rice dan Macaroni in Tomato Soup.

Setiap set hidangan menarik ini didatangkan dengan minuman menyegarkan. Promosi makan tengah hari ini boleh dinikmati untuk masa yang terhad pada hari bekerja bermula daripada 16 hingga 26 hari bulan ini.

Dengan lebih 200 cawangan di Malaysia, pastikan anda tidak terlepas promosi hebat ini dan menjadikan OLDTOWN White Coffee sebagai destinasi makan tengah hari anda hari ini!

Bagi mendapatkan promosi terbaharu dan pelbagai set makan tengah hari menerusi promosi "Happy Times Savers" ini, sila layari laman sesawang oldtownhappy.com

Berita Harian X