Ahad, 14 Ogos 2016 | 5:20pm

Iskandar Malaysia tarik pelaburan bernilai RM208b


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melihat model Iskandar Malaysia Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP), Helios Cove bersama Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin serta Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim (kanan) , Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), Tan Sri Lim Kang Hoo ( lima dari kanan) sebelum merasmikan Pelancaran Pusat Smart XP di Helios Cove, Jalan Persiaran Senibong di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin

JOHOR BAHRU: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan Iskandar Malaysia berjaya meraih pelaburan komited terkumpul berjumlah RM208 bilion, dari 2006 sehingga Jun lalu.

Katanya, daripada jumlah pelaburan komited terkumpul berkenaan, sebanyak RM106.43 bilion atau 51 peratus adalah pelaburan yang sudah direalisasikan.

"Daripada jumlah pelaburan komited terkumpul itu, pelaburan domestik mencatatkan RM124 bilion atau 60 peratus manakala 40 peratus (RM84.05 bilion) adalah pelaburan asing," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Iskandar Malaysia Greenland Smart City Experiential Centre (SMARTXP), Helios Cove, Permas Jaya, di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Latif Bandi; Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA), Datuk Ismail Ibrahim serta Naib Pengerusi Eksekutif Kumpulan Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH), Tan Sri Lim Kang Hoo.

Berita Harian X