Khamis, 4 Ogos 2016 | 11:37am

Olimpik: Penganjur lancar aplikasi kebebasan media

RIO DE JANEIRO: Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) melancarkan aplikasi dalam talian yang membolehkan wartawan membuat aduan mengenai sekiranya berlaku pencabulan kebebasan media sepanjang membuat liputan temasya Olimpik Rio 2016, awal pagi tadi.

Bagaimanapun, aplikasi berkenaan hanya boleh didapati dalam bahasa Inggeris dan Perancis. Ia boleh diakses melalui laman web rasmi IOC www.olympic.org/mediacomplaint.

"Terbuka kepada wartawan dan wakil media, mekanisme aduan ini adalah bertujuan khusus untuk mereka yang mungkin mengalami pelanggaran kebebasan media dalam konteks laporan mereka pada organisasi dan penganjuran Sukan Olimpik," menurut IOC menerusi satu kenyataan.

"Wartawan dan wakil media kini mempunyai peluang untuk terus memberi amaran kepada IOC, seterusnya boleh membantu pihak berkuasa yang berkenaan." - AFP

Berita Harian X