Khamis, 4 Ogos 2016 | 10:41am

Harga minyak naik selepas stok petrol AS jatuh

SINGAPORE: Harga minyak mentah meningkat pada awal dagangan hari ini, melanjutkan peningkatan yang dicatatkan pada sesi sebelumnya berikutan pengurangan yang besar dalam inventori petrol Amerika Syarikat (AS).

Kontrak hadapan minyak mentah AS, West Texas Intermediate (WTI) didagangkan pada paras AS$41.15 setong pada 0139 GMT, naik 32 cents atau 0.8 peratus selepas meningkat 3.3 peratus.

Kontrak penanda aras minyak mentah dunia, Brent didagangkan pada paras AS$43.39 setong, meningkat 29 cents atau 0.7 peratus berbanding penutup terakhirnya.

Peningkatan yang dicatatkan semalam dan hari ini menandakan sekurang-kurangkan pengakhiran sementara aliran menurun mendadak sejak Jun, yang memperlihatkan kontrak hadapan minyak mentah jatuh kira-kira 20 peratus dalam nilainya.

"Harga minyak rali selepas laporan mingguan EIA yang menunjukkan inventori petrol jatuh paling banyak kali ini tahun ini sekurang-kurangnya bagi lima tahun," menurut Bank ANZ.

Stok jatuh 3.26 juta tong kepada 238.2 juta tong, demikian mengikut perangkaan daripada Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS.

Meskipun peningkatan harga itu, peniaga berkata, keadaan keseluruhan pasaran kekal lemah, dengan terlebih pengeluaran minyak mentah dan produk ditapis menjejaskan pasaran. - Reuters-

Berita Harian X