Ahad, 24 Julai 2016 | 11:26am

Mahkamah Nigeria benarkan pemakaian hijab di sekolah


Mahkamah Rayuan Nigeria memutuskan pelajar perempuan dibenarkan memakai tudung di sekolah. - Foto www.siasat.com

ABUJA: Mahkamah Rayuan Nigeria memutuskan pelajar perempuan dibenarkan memakai tudung di sekolah meskipun menyaksikan pengebom bunuh diri menyalah gunakan cara berpakaian itu untuk menyembunyikan senjata bahaya.

Keputusan oleh Mahkamah Rayuan di Lagos 'mengembalikan harapan dalam perundangan sebagai harapan terakhir manusia biasa, kata pengarah kumpulan Prihatin Hak Islam, Ishaq Akintola.

Keputusan sebulat suara itu membatalkan keputusan pada 2013 yang mengharamkan tudung di sekolah kerajaan di Lagos meskipun tiga daripada lima hakim bukannya beragama Islam, kata Akintola.

Isu bertudung mencetuskan kekecohan di negara yang dilanda keganasan puak Boko Haram di timur laut.

Beberapa pengebom bunuh diri, termasuk lelaki menyamar sebagai wanita memakai hijab, menyembunyikan bahan letupan di dalam jubah mereka.

Negara paling padat di Afrika dengan kira-kira 170 juta penduduk berpecah antara wilayah utara yang dikuasai penduduk Islam dan Kristian di selatan.

Keputusan pada Khamis itu dibuat sebagai reaksi kepada rayuan terhadap larangan di Lagos, yang berkata hijab bukan sebahagian pakaian seragam sekolah. - AGENSI

Berita Harian X