Sabtu, 23 Julai 2016 | 8:42am
Petir di Pusat Rekreasi Negara Flaming Gorge di sempatan Utah-Wyoming.

Remaja tunggang jet ski maut disambar petir

UTAH: Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut dan seorang wanita lagi dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas disambar petir di Pusat Rekreasi Negara Flaming Gorge di sempatan Utah-Wyoming.

Jurucakap Sheriff Wilayah Daggett, Susie Potter, berkata remaja dan wanita berkenaan sedang menunggang jet ski di Tasik Flaming Gorge pada tengah hari Jumaat apabila secara tiba-tiba mereka disambar petir.

Potter berkata, remaja berkenaan maut manakala wanita itu, iaitu teman wanita bapanya, cedera.

Bapa remaja itu yang turut menunggang jet ski berhampiran tidak cedera.

Pegawai tidak mendedahkan identiti mereka yang terbabit sehingga keluarga diberitahu tetapi Potter berkata, mereka menetap di Utah. - AP

Berita Harian X