Jumaat, 22 Julai 2016 | 9:32am
GAMBAR hiasan

Pesawat American Airlines dikosongkan selepas kebocoran hidraulik

FLORIDA: Sebuah pesawat yang dijadualkan berlepas dari West Palm Beach ke Philadelphia dengan 138 penumpang dan anak kapal terpaksa dibawa keluar selepas laporan kemungkinan kebocoran hidraulik.

Jurucakap Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Casandra Davis, berkata pesawat American Airlines bersedia untuk bergerak ke landasan apabila kru memaklumkan mengenai kemungkinan kebocoran itu.

Jurucakap American Airlines, Alexis Aran Coello, berkata 133 penumpang dan lima anak kapal dibawa keluar menggunakan gelungsur.

Beliau berkata, 23 penumpang dan seorang anggota kru dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Sementara penumpang lain kembali ke terminal dan syarikat penerbangan membantu mereka mendapatkan penerbangan baharu. - AP

Berita Harian X