Isnin, 18 Julai 2016 | 4:09pm
Pegawai polis menahan seorang lelaki selepas serangan di tengah-tengah Almaty, Kazakhstan. - Foto REUTERS

Lelaki bersenjata tembak mati polis Kazakhstan

ALMATY: Sekurang-kurangnya dua anggota polis terbunuh dalam serangan oleh sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali di kawasan komersial ibu negara Kazakhstan, di sini, hari ini.

Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, seorang suspek sudah ditahan manakala seorang lagi masih bebas dan sedang diburu pihak berkuasa.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran lanjut. - REUTERS

Berita Harian X