Sabtu, 16 Julai 2016 | 12:18am

Makanan ringan memudaratkan jantung, diabetes dan darah tinggi

LAMBAKAN pelbagai jenis produk makanan ringan dalam pasaran mendedahkan bahaya kepada pengguna. Pengambilan makanan ringan secara berterusan memberi mudarat kepada kesihatan.

Ramuan yang terkandung dalam makanan tambahan ini lazimnya mempunyai kandungan gula dan berlebihan selain bahan perasa tiruan meninggalkan tidak menyihatkan.

Kandungan tinggi kalori yang terdapat dalamnya juga boleh memudaratkan. Kajian National Institutes of Health, Amerika Syarikat mendapati, pengguna berhadapan risiko serangan penyakit berbahaya dengan mengambil makanan ringan secara berterusan.

Penyelidikan membuktikan kesannya terhadap kesihatan termasuk risiko serangan jantung, kencing manis, darah tinggi dan masalah berat badan berlebihan atau diabetes.

Ramuan bahayakan kesihatan:

* Perasa tiruan atau MSG, pengambilan MSG dengan kerap menyebabkan penyakit kanser

* Lemak tinggi, lebihan lemak ini ganggu tumpuan dan jejaskan fungsi otak

* Mengandungi pengawet, utama obesiti dan ganggu fungsi organ dalaman tubuh

* Tinggi kalori, risiko tinggi serangan penyakit jantung, obesiti dan darah tinggi.

* Bahan sintetik mengandungi bahan kimia berbahaya

Risiko penyakit:

* Diabetes

* Sistem pernafasan

* Kesihatan otak

* Kulit dan tulang

* Masalah gigi

Berita Harian X