Jumaat, 15 Julai 2016 | 10:22am

Ringgit kekal pada 3.945 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini berikutan momentum belian lemah menjelang hujung minggu, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan itu disebut harga pada 3.9450/9500 berbanding dolar dari 3.9450/9510 pada jam 5 petang semalam.

Peniaga berkata, ringgit kekal pada pembukaan selepas mencecah paras tinggi 10 minggu berbanding dolar AS semalam berikutan harga bon kerajaan meneruskan kenaikan selepas pemotongan mengejut kadar faedah oleh Bank Negara Malaysia, pada Rabu.

"Bagaimanapun, kita mengharapkan unit tempatan itu akan terus mencatatkan momentum kenaikan, yang mana selari dengan mata wang baharu muncul lain.

"Ini sebahagian besarnya dipacu oleh keputusan Bank of England yang mengurangkan kadar pinjaman, yang menyediakan gelombang rangsangan global yang baharu," kata peniaga.

Berbanding sekumpulan wang utama, ringgit diniagakan lebih rendah.

Berbanding dolar Singapura, mata wang tempatan itu jatuh kepada 2.9353/9394 daripada 2.9287/9354 dan berbanding yen ia turun kepada 3.7386/7444 daripada 3.7333/7401.

Berbanding pound British, ringgit turun kepada 5.2760/2851 daripada

5.2141/2248, manakala berbanding dengan euro ia jatuh kepada 4.3833/3904 daripada 4.3813/3896, semalam. - BERNAMA

Berita Harian X