Jumaat, 15 Julai 2016 | 12:01am

Solekan sempurna ubah wajah


TAMPIL lebih ceria dan segar menghadiri rumah terbuka Aidilfitri. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

SOLEKAN mampu mengubah wajah wanita. Hanya dengan secalit warna disapu pada kulit wajah, ia sebenarnya boleh menukar wajah tampak lebih berseri berbanding kebiasaan.

Sempena Aidilfitri ini, anda pasti akan menghadiri rumah terbuka yang dianjurkan pelbagai pihak dan memerlukan penampilan sesuai termasuk dari segi solekan.

Pengurus Komunikasi dan Digital Estee Lauder, Lim Toon Eng kebiasaannya wanita kurang yakin berdandan cantik menjelang musim perayaan disebabkan tidak tahu teknik solekan betul.

Lazimnya wanita hanya rona pembayang mata dan gincu tanpa menitik beratkan kepentingan memakai bedak asas yang boleh mengubah wajah keseluruhannya.

"Ramai tidak sedar kepentingan bedak asas yang bersesuaian dengan kulit. Pemilihan warna akan memberikan pengaruh kepada tekstur kulit," katanya, baru-baru ini.

Solekan Aidilfitri memberikan sentuhan wajah ceria dan semula jadi tanpa perlu memilih warna calitan berat atau terang. Penggunaan bedak asas, kulit wajah juga akan tampak lebih sempurna kiranya diberikan sapuan bedak padat dan debu bersesuaian dengan warna kulit asal.

Langkah demi langkah solekan Anggun Raya 2016

1) Sapukan bedak asas secara sekata. Kemaskan sapuan dengan bedak menggunakan bedak tabur.

2) Gunakan berus, sapukan pembayang mata dengan memilih rona lembut seperti merah jambu atau coklat cair sebagai asas sapuan.


Tempat duduk yang empuk serta skrin penghadang angin boleh secara automatik. - NSTP/Asyraf Hamzah

3) Pilih warna lebih gelap seperti coklat. Sapukan di bahagian hujung mata bagi memberikan kesan mata lebih dalam.

4) Gariskan mata menggunakan pensel mata berwarna hitam.

5) Sapukan maskara untuk pandangan lebih menawan.

6) Pilih warna pensel kening seakan warna kening dan sapukan pemerah pipi rona lembut semula jadi.

7) Pilih warna gincu terang seperti merah, jika mahu kelainan.

Berita Harian X