Isnin, 4 Julai 2016 | 1:13pm

Remaja maut, rakan parah motosikal dirempuh kereta

SALAH satu bekas tapak lombong di Batu Arang. - Foto Luqman Hakim Zubir

KEADAAN motosikal mangsa yang remuk selepas dirempuh kereta di Jalan Permatang Rawa, Bukit Mertajam, pagi tadi.

BUKIT MERTAJAM: Seorang remaja perempuan maut manakala rakannya parah selepas motosikal yang mereka naiki dirempuh sebuah kereta di Jalan Permatang Rawa, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian itu jam 2.45 pagi, Siti Zulaikha Mohd Shukri, 18, yang membonceng motosikal yang ditunggang Muhammad Iqwan Mohd Nasir, 18, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan badan.

Jurucakap polis, berkata kemalangan itu dipercayai berlaku apabila sebuah kereta dipandu lelaki berusia 46 tahun hilang kawalan dan terbabas hingga memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa.

"Kereta itu dikatakan dari arah Bukit Mertajam menghala ke Bandar Perda dekat sini, sebelum terbabas dan melanggar motosikal dinaiki dua mangsa.

"Rempuhan itu menyebabkan kedua-dua mangsa terjatuh dari motosikal dan seorang maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi parah dan dihantar ke hospital untuk rawatan," katanya.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Berita Harian X