Isnin, 4 Julai 2016 | 12:02am

Wiko Mobile lancar tiga telefon pintar


WIKO Mobile memperkenalkan telefon iaitu Wiko UFEEL, UFEEL Lite and Robby.

DALAM usaha memberi lebih banyak pilihan telefon pintar kelas pertengahan, Wiko Mobile memperkenalkan tiga mudah alih baharu kepada pasaran negara ini yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan ciri terkini.

Syarikat mudah alih yang berpangkalan di Perancis itu memperkenalkan telefon iaitu Wiko UFEEL, UFEEL Lite and Robby dengan menawarkan teknologi cap jari terbaik, jangka hayat bateri dan prestasi yang dipertingkatkan dan reka bentuk logam menarik.

Telefon pintar siri UFEEL bukan saja cantik dan cekap, malah ia mempunyai paparan HD lima inci dengan kelajuan LTE 4G.

Jika melihat model Wiko UFEEL dengan terperinci yang dilengkapi kaca melengkung 2.5D, ia mempunyai pemproses berkuasa iaitu 1.3GHz Quad-Core dan RAM 3GB, selain sistem operasi Marshmallow 6.0.

Ia juga menawarkan penyesuaian sehingga lima cap jari dan memberi pengguna akses terus kepada aplikasi dan hiburan kegemaran mereka, selain menampilkan teknologi 'On-Cell' dan CABC bagi tindak balas lebih baik.

Dari segi kamera, ia adalah menakjubkan dengan 13 megapiksel (MP) yang mempunyai sensor Sony IMX 258, kanta 5P dengan penapis optik biru dan 'flash' 240LM, manakala kamera depan 5MP dan 'flash' selfie untuk keadaan cahaya rendah.

Tidak lama lagi, pengguna boleh mengambil selfie sudut lebar dan merakamkan gambar dan video serentak dalam mod Dwi Pandangan dalam naik taraf OTA berikutnya yang boleh didapati pada lewat bulan ini.

Sementara itu, UFEEL Lite dilengkapi dengan pemproses 1.3GHz Quad-Core, RAM 2GB dan Marshmallow 6.0, selain juga menyediakan lima cap jari untuk membuka telefon berkenaan bagi mengakses aplikasi kegemaran dan kandungan sensitif.

Ia didatangkan dengan teknologi IPS untuk pembacaan lebih mudah dalam apa jua sudut dan teknologi 'On-Cell'.

Selain itu, telefon ini mempunyai 8MP pada kamera belakang dan kamera depan 5MP dengan 'flash' dan tetapan seperti panorama, selfie sudut lebar dan mod profesional, manakala gabungan berani warna telefon membawa kontras yang kuat menjadikannya kelihatan premium.

Model Wiko Robby pula ialah phablet 3G yang mempunyai Quad-Core Cortex A7, pemproses 1.3GHz processor, memori 16GB dan menyokong kad mikro SD sehingga 64GB.

Dengan skrin HD 5.5 inci, ia membolehkan menikmati hiburan yang mengasyikkan dengan menampilkan dwi pembesar suara dan bunyi stereo oleh Auro 3D, selain teknologi IPS.

Wiko UFEEL, UFEEL Lite dan Robby masing-masing dijual pada harga RM699, RM569 dan RM449 yang boleh didapati kedai pengedar sah mulai 10 Jun lalu.


Wiko UFEEL

INFO Wiko UFEEL

Harga: RM699

Sistem operasi: Android 6.0 (Marshmallow)

Pemproses: Quad-Core 1.3GHz, Cortex-A53

Saiz: 143 x 70.7 x 8.55 mm

Berat: 145g dengan bateri

Bateri: 2500 mAh Li-Po

ROM: 16GB

RAM: 3GB

Memori luaran: Kad mikro SD sehingga 64GB

Saiz paparan: 5 inci

Kamera: 13MP (belakang), 5MP (depan)


UFEEL Lite

Wiko UFEEL Lite

Harga: RM569

Sistem operasi: Android 6.0 (Marshmallow)

Pemproses: Quad-Core 1.3 GHz, Cortex-A7

Saiz: 143.5 x 71.5 x 8.5 mm

Berat: 147g dengan bateri

Bateri: 2500 mAh Li-Po

ROM: 16GB

RAM: 2GB

Memori luaran: Kad mikro SD sehingga 64GB

Saiz paparan: 5 inci

Kamera: 8MP (belakang), 5MP (depan)


Wiko ROBBY

Wiko Robby

Harga: RM449

Sistem operasi: Android 6.0 (Marshmallow)

Pemproses: Quad-Core 1.3 GHz, Cortex-A7

Saiz: 155 x 79.1 x 10 mm

Berat: 185g dengan bateri

Bateri: 2500 mAh Li-Po

ROM: 16GB

RAM: 1GB

Memori luaran: Kad mikro SD sehingga 64GB

Saiz paparan: 5.5 inci

Kamera: 8MP (belakang), 5MP (depan)

Berita Harian X