Isnin, 27 Jun 2016 | 12:07am
SEBUAH gerabak 'roller coaster' di sebuah taman tema di Scotland terkeluar dari landasan dan jatuh menimpa permainan kanak-kanak.

7 dikhuatiri cedera, roller coaster tergelincir

LONDON: Sekurang-kurangnya tujuh cedera apabila sebuah gerabak 'roller coaster' di sebuah taman tema di Scotland terkeluar dari landasan dan jatuh menimpa permainan kanak-kanak di bawahnya, lapor akhbar Daily Record.

Akhbar memetik saksi sebagai berkata, gerabak permainan Tsunami di taman tema M&D di Motherwell berhampiran Glasgow itu jatuh 10 meter ke tanah.

Difahamkan, lapan hingga 10 orang menaiki permainan ketika itu. Kanak-kanak antara yang dibimbangi terperangkap.

Seorang jurucakap polis tempatan berkata, mereka menjawab panggilan kecemasan di taman itu namun tidak memberi butiran lanjut.

Perkhidmatan ambulans Scotland berkata, enam kru ambulans, sebuah pasukan tindak balas operasi khas dan sepasukan doktor kecemasan dihantar ke taman itu sejurus insiden.

Mereka bagaimanapun tiada maklumat berhubung mangsa yang maut.

Gambar dalam Twitter menunjukkan pengunjung cuba membantu mangsa yang terperangkap dalam gerabak yang terbalik. - Agensi

Berita Harian X